Showing posts with label animal world. Show all posts
Showing posts with label animal world. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Animal World Part 3: Kangaroo

Peh lama gile aku tak update blog aku nih.. Bnyk gile sawang..

Tinggal lg 8 hari aku nak melawat negara kangaroo, so aku decide nk citer pasal kangaroo.

Kangaroo adalah mamalia jenis marsupial. Marsupial ni mamalia yg lahirkan anak pramatang (bunting selama 31-35 hari) dan anak diorg yg biasanya lahir sangat kecik, takde bulu dan buta akan duduk dlm kantung kat perut mak dia sampai la diorg besar dan blh hidup sendiri. Dlm kantung tu ada puting yg membolehkan diorg menyusu. Anak kangaroo stay dlm kantung selama 9 bulan tapi diorg akan keep on menyusu smp 18 bulan ataupun smp lahir anak yg lain.


Cuba tgk kat sebelah ni. Ni la rupa anak kangaroo (dipanggil joey) yg br lahir, duk dlm kantung mak dia dan tgh menyusu. Ngeri kan tgk diorg masa ni. Joey ni masa lahir kaki dpn dia je yg dh develop sepenuhnya, supaya dia dpt merangkak masuk dlm kantung tu lps dilahirkan.

Mak kangaroo ni ade kelebihan yg pelik iaitu klu dlm kantung dia ade joey yg masih kecik, dan klu katakan time tu dia bunting lg, dia blh lambatkan/freeze kandungan dia. Dan klu masa  tu musim panas dan tak cukup makanan, dia buat gak proses melambatkan ni.

Satu lg, mak kangaroo ni boleh setkan nk kuar susu bnyk mana dan klu katakan dia dpt 2 joey, satu besar, satu kecik, dia blh kuarkan 2 jenis susu yg berbeza utk 2 peringkat umur anak dia.

Kangaroo ada sepasang kaki yg besar dan kuat untuk melompat serta ekor yg panjang utk balancing. Ada org kata klu ekor kangaroo ni kena potong dia tak blh melompat lg.Wallahu a'lam, nnt klu aku ade bela kangaroo aku konfemkan benda ni. Kangaroo ni bergerak secara melompat dan gerakan melompat dia tu berkait dgn pernafasan dia gak. Lompat - lepas nafas, jatuh semula ke tanah - tarik nafas.

Kangaroo blh hidup selama 6 tahun secara liar dan 20 tahun klu dlm zoo.

Jom usha pic2 kangaroo

Kasik mkn kangaroo. Aku nk wat ni nnt

Joey dlm kantung mak dia

Tuesday, March 1, 2011

Animal World Part 2: Angora Rabbit

Tercarik² pet yg gebu dan comel utk dibela? So utk Part 2 ni, aku nk citer pasal Angora Rabbit..


Haa.. gebu tak? Angora rabbit ni asal dr Angora, Turki. Org biasanya bela dia utk bulu dia yg lebat tu (Angora wool). Org Perancis yg start bela arnab ni dan kemudian merebak ke seluruh Europe dan kini seluruh dunia. Ada 4 jenis Angora rabbit ni; English (cam kat atas tu), French, Satin dan Giant.

Jom tgk pic2 Angora rabbit nih

Tgh shear bulu angora..
Kat Malaysia ni klu tak silap aku English Angora ade jual.. Tetibe mcm nk carik lak..

Monday, February 28, 2011

Animal World Part 1: Axolotl

Ni seksyen br dlm blog aku ni.. So under seksyen ni, aku akan citer pasal binatang yg pelik ke, unik ke pape la..

Utk Part 1 ni, aku akan citer pasal Axolotl ni..


Comel tak? Nmpk cam kartun / menan je kan.. Padahal ni benda hidup. Tak seperti salamander lain yg akhirnya berubah jadik binatang yg duk 2 alam, axolotl ni gagal utk berubah so dia maintain duk dlm air smp besar. Diorg ni asalnya duk kat dlm satu sungai kat Mexico. Dulu punya la banyak smp org bela sbg pet kat umah.

Skrg ni diorg dah diclassify sbg spesies terancam sbb sungai yg diorg duduk kt Mexico tu dh tercemar pastu org Mexico duk introduce 2 jenis ikan kt sungai tersebut yg duk mkn axolotl2 yg kecik2 ni.. siannye..

Lagi pic axolotl..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...