Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Friday, October 21, 2011

MasterChef Malaysia



Akhirnya.. siri yg aku dh tunggu drp bulan Ogos aritu tiba jugak.. MasterChef Malaysia akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu hingga Rabu pukul 9.00 mlm kat Astro Ria dan hari Khamis kul 8.55 mlm kat StarWorld.

Since aku dh tgk drp Junior MasterChef Australia, MasterChef Australia dgn MasterChef USA, aku teruja x 100 nk tgk cane la rancangan ni versi Malaysia lak.

MasterChef Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod. Format episod tipikal adalah seperti berikut:
  • Hari Sabtu adalah cabaran Peti Saji Misteri. Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja. Hidangan ini akan dirasakan oleh Chef MCM, dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi peluang untuk memilih sajian utama untuk cabaran Ujian Cipta Rasa. Peserta-peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih itu.
  • Hari Ahad membawakan Ujian Sajian Pantas ataupun Penyingkiran Uji Rasa. Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef MCM dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu. Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.
  • Hari Isnin - Cabaran Chef Selebriti, di mana pemenang cabaran hari Sabtu akan bersaing dengan seorang chef tetamu. Pemenang cabaran ini akan dianugerahkan satu pin imuniti yang membenarkan peserta ini mengelakkan satu penyingkiran.
  • Hari Selasa membawakan Cabaran Sajian Luar. Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini. Tugas adalah seperti memasak untuk fungsi tali leher hitam atau kem tentera. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.
  • Hari Rabu merupakan satu lagi pusingan penyingkiran. Peserta dalam pasukan kalah bersaing antara satu sama lain untuk menyingkirkan seorang lagi perserta dari pertandingan ini.
  • Hari Sabtu juga adalah Kuliah Master. Di sini, para hakim menjalankan satu kuliah untuk peserta yang masih tinggal dalam pertandingan ini. Biasanya, para hakim meninjau kembali cabaran yang telah diadakan dalam minggu yang lalu.

Ni lak juri-juri utk rancangan ni:

Chef Johari (55) yg grad since 1975 dlm bidang masakan. Bygkan berapa thn nye experience tu

Chey Yahaya (49). Pengalaman memasak since 1982. Terer bab pastri
Chef Priya, lulusan bidang law, tp x halang dia menjadik chef terkenal

Ni lak calon-calon MasterChef, belum finalize lg sape yg dpt masuk



Friday, February 18, 2011

Taiyaki

Aku aritu duk layan semula citer Fate/Stay Night.. Then br aku perasan ade satu episode tu Shirou Emiya duk mkn Taiyaki ni.. Taiyaki ni sejenis kuih drp Jepun. Bentuknya mcm ikan dan dlm dia ada inti kacang merah.. Sedapnye.. kat Melaka ni takde jual la..

Ni la rupa taiyaki tu


Ni lak dlm dia..

Aku nak je wat benda ni sendiri.. Tp takde dia nye pan la.. Klu ade mau nye aku mkn benda ni smp jemu..


Klu sesape ade terjumpa mana² tmpt ade jual pan ni bitau ye..

Tuesday, February 1, 2011

Chicken Teriyaki Donburi


Td time lunch aku gi Jusco lama. Pusing² x tau nk mkn ape.. So aku gi kedai jual Udon.. Memula mcm nk try udon / soba kat situ.. Last² aku terorder Chicken Teriyaki Donburi..

Donburi (γ©γ‚“γΆγ‚Š) ni maksudnya mangkuk, kdg² dipanggil don je.. Hidangan donburi ni biasanya ikan, udang, ayam, daging etc yg diserve atas nasik (dlm mangkuk). Mcm set yg aku mkn ni chicken teriyaki dgn ade telur scramble sekali.. Subarashii...

Next time blh try yg udang (ebi) atau belut (unagi)..

//err.. bila aku tgk² blk, bnyk lak aku citer psl mkn lately

Monday, January 24, 2011

Cazari's Kitchen: Dendeng Daging

Smlm aku mcm agak rajin nk selongkar² fridge aku. Br teringat dulu ayah aku ade kasik daging korban. And aku pun ade paste dendeng. Blh la try. Proses melembutkan daging agak membosankan (dan sgt kebuluran menunggu).

Bahan² yg nk kena ada:

Paste dendeng.. ha tu ade tulis dendeng
Daging
So cara buat dia, memula rebus daging dgn halia, pastu toskan and make sure daging tu betul² kering.. Air daging tu kasik simpan..

Pastu potong nipis² (tp tgn aku tak berbedung, aku potong tebal :nanges:), goreng sket smp kuning pastu angkat.. tumbuk² sket dgn lesung daging tu kasik dia penyet.. hehe..

Then, panaskan agak² 2 cawan air daging dgn paste.. Agak² dh kering sket n naik minyak, masukkan daging.. Kacau.. Dah siap.. amik nasik panas.. mkn.. Ni la rupa dendeng tu dh siap

Tuesday, January 18, 2011

Cazari's Kitchen: Linguine Alfredo Portobello + Beef Pepperoni


Ni aku nak share ape yg aku masak aritu. Nama dia Linguine Alfredo Portobello + Beef Pepperoni.. mcm agak poyo sket la nama dia. Hehe.

Aku guna linguine sbb mcm dah bosan guna spaghetti.. Linguine ni mcm yg kt pic atas ni, besar² mcm kueytiaw.. Utk kuah dia tu, aku beli kuah Alfredo Portobello yg dlm tin brand Prego. Then aku beli beef pepperoni, potong nipis² pastu goreng sket. Kendian br masuk dlm kuah.

Ni masak stail org pemalas. Aku dah rebus linguine tu pastu panaskan kuali, curah je kuah + sket air.. Bila dia dah blub blub tu masukkan pepperoni + linguine. Gaul je. Pastu siap utk mkn.

Aku buh sket lada sulah. Kasik hangat sket. Klu mkn cmtu saje muak.

Ptg ni nak gi carik kuah lain lak. Linguine aku ade balance lg kt umah tu

Friday, November 19, 2010

Selamat Hari Tandas Sedunia

Pg ni, dgr Hot fm dorg duk ckp pasal hari ni adalah Hari Tandas sedunia. So, utk memenuhi tema hari ni, aku nk tunjukkan satu restoran dgn tema toilet yg terletak kat Taipei.. Ewww...

Angkat tray sambil membawa makanan berbentuk taik + dlm toilet bowl

Aiskrim bentuk taik..

Belah kanan tu la bhg entrance kedai.. cam public toilet kan

Sup dlm toilet bowl

Seat sume bentuk toilet bowl




Air lak cam dlm uriner
Aku pelik la tgk dorg ni.. camne la blh selera nk mkn kat dlm ni.. aku tgk pun cam kembang kuncup tekak aku

Friday, October 29, 2010

Lunch @ Tony Roma's, Pavillion

Aku dah lama teringin nak pegi sini. Memula, baca kat blog member aku, pastu aritu mem aku ckp bos dia belanja mkn kat sini. Dan akhirnya 26 Okt aritu merasa gak aku mkn kt sini.

Menu dia
 So, mem aku ckp kat sini musti cuba dia nye Roma Rack, iaitu tulang rusuk lembu. Masyuk katanya

Tu dia Roma Rack
So, lepas tgk menu tu dekat 15 minit (dan beberapa kali waiter tu tny kami dh ready tak nk order), akhirnya kami order Roma Rack, bawang goreng tepung (haha, ape tah nama dia x ingat) dgn Grilled 1/2 Chicken.
Makanan kat sini klu tgk kat menu tu confirm kita akan ckp mahal sbb mmg mahal pun.. haha.. tapi bila dh sampai dpn mata pastu rasa sendiri baru kita tau kenapa harganya begitu. Air pun agak mahal RM 6.90, tapi sekali dia letak dpn aku, mak ai besar gila gelas dia.. Walaupun free-flow, aku mampu minum segelas je

Ok memula sekali bawang goreng tepung ni sampai

Bawang + Tepung cecah sos yg besh
 Sgt la sedap. Dgn rangupnya. Korg akan jadik pencinta bawang la lepas mkn benda ni. Ini half je pun dah sgt besar (kami x abis mkn pun sebenarnya)

Then, yg ditunggu² pun sampai. Roma Rack Beef Ribs

Beef Ribs + Baked Potato + Broccoli
Memula tgk gambar aku blh fikir, kenyang ke mkn benda ni? Tulang je besar. Rupanya aku mkn 1 setengah pun dh kenyang. Sangat sedap. Mmg puas hati

Then second order pun sampai iaitu Grilled 1/2 Chicken


Klu pernah mkn kat Kenny Roger's ataupun Nando's, nampak sgt bezanya 1/2 chicken ni dr segi saiznya. Yg ni besar sgt. Bila sume makanan ni ade atas meja dgn pinggan yg besar, aku blh ckp kat mem aku, kita ni mkn kat kampung gergasi ke.. hehe..

So, hari tu aku blk dgn hati dan perut serta wallet yg gembira sbb mem belanja.. Dari dulu dia mmg nk belanja aku klu mkn kat sini. Terima kasih ye cik mem.. :)

Tuesday, October 12, 2010

Takoyaki Takoyaki Takoyaki

Ok, dr td aku asyik tgk gambar Takoyaki je. Lama dah tak mkn. Aku nk gi beli ah..

Jom Makan

Dh try tak yg baru ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...