Friday, October 29, 2010

Toy Review: Sci-Fi Revoltech Toy Story 3 Buzz Lightyear


Ok, sebelum ni aku ade review pasal Woody, so skrg ni aku nak review pasal Buzz Lightyear lak.

Buzz ni klu dlm Toy Story dia kiranya mcm Pelakon Pembantu Lelaki la selepas Woody. Pada awalnya merupakan sebuah patung permainan yg merasakan dia betul2 sorang space ranger. Ok, berbalik pd topik kita, aku mcm agak menyesal sket dgn Buzz ni. Satunya sbb dia nye pergerakan agak terhad dan nak berdiri agak susah.

Cuma yg agak best sbb bdn dia ni mcm bulky sket, so tangan dia sebenarnya blh dipanjangkan lg utk buat aksi


Dan buzz ni jugak didatangkan dgn 3 Green Army Men ni (owh sungguh nostalgia tgk askar hijau nih)

Ni kotak dia.. Sama gak cam kotak Woody, hitam dan sgt teruja dgn design nya
Dah chantek dah camni, takyah kuar kotak pun ok

Dpt benda ni free, cam Woody gak

Ok ni lak klu kita kuarkan drp kotak. Dlm pek ni ada 3 green army men, extra muka, tag nama dia, 2 sayap, coin dgn bekas simpan aksessori. Muka buzz ni kira ok klu bandingkan dgn muka Woody dulu


Basically, walaupun aku agak kecewa dgn Buzz ni, aku beli gak for the sake of melengkapkan koleksi. Nanti sian lak Woody takde kwn. Cuma bg aku in the future, hopefully Kaiyodo dpt buat Revoltech ni dgn lebih kemas. Aku bg Buzz ni 2/5 bintang je..

Lunch @ Tony Roma's, Pavillion

Aku dah lama teringin nak pegi sini. Memula, baca kat blog member aku, pastu aritu mem aku ckp bos dia belanja mkn kat sini. Dan akhirnya 26 Okt aritu merasa gak aku mkn kt sini.

Menu dia
 So, mem aku ckp kat sini musti cuba dia nye Roma Rack, iaitu tulang rusuk lembu. Masyuk katanya

Tu dia Roma Rack
So, lepas tgk menu tu dekat 15 minit (dan beberapa kali waiter tu tny kami dh ready tak nk order), akhirnya kami order Roma Rack, bawang goreng tepung (haha, ape tah nama dia x ingat) dgn Grilled 1/2 Chicken.
Makanan kat sini klu tgk kat menu tu confirm kita akan ckp mahal sbb mmg mahal pun.. haha.. tapi bila dh sampai dpn mata pastu rasa sendiri baru kita tau kenapa harganya begitu. Air pun agak mahal RM 6.90, tapi sekali dia letak dpn aku, mak ai besar gila gelas dia.. Walaupun free-flow, aku mampu minum segelas je

Ok memula sekali bawang goreng tepung ni sampai

Bawang + Tepung cecah sos yg besh
 Sgt la sedap. Dgn rangupnya. Korg akan jadik pencinta bawang la lepas mkn benda ni. Ini half je pun dah sgt besar (kami x abis mkn pun sebenarnya)

Then, yg ditunggu² pun sampai. Roma Rack Beef Ribs

Beef Ribs + Baked Potato + Broccoli
Memula tgk gambar aku blh fikir, kenyang ke mkn benda ni? Tulang je besar. Rupanya aku mkn 1 setengah pun dh kenyang. Sangat sedap. Mmg puas hati

Then second order pun sampai iaitu Grilled 1/2 Chicken


Klu pernah mkn kat Kenny Roger's ataupun Nando's, nampak sgt bezanya 1/2 chicken ni dr segi saiznya. Yg ni besar sgt. Bila sume makanan ni ade atas meja dgn pinggan yg besar, aku blh ckp kat mem aku, kita ni mkn kat kampung gergasi ke.. hehe..

So, hari tu aku blk dgn hati dan perut serta wallet yg gembira sbb mem belanja.. Dari dulu dia mmg nk belanja aku klu mkn kat sini. Terima kasih ye cik mem.. :)

Mintak tolong letak link semula

Mister Linky aku ade problem lak.. So sape yg dh letak link dia hilang..
Mintak tlg semua letak blk link korg eh.. Thanks

TV Show: The Amazing Race Asia 4 Episode 6


Semalam adalah episode yg bikin aku sgt panas. Team Malaysia, Ethan & Khairie yg bermula dgn sgt bagus akhirnya smp tempat ke-5 kat pit-stop. Semata-mata sbb masa otw diorg nak gi wat challenge Detour dorg, dorg kena patah blk sbb caravan dorg dh nak abis minyak.. Apsal team lain takyah isi minyak pun.. Sabotage..

Smlm diorg pegi New Zealand.. NZ sgt cun.. Akan dimasukkan dlm wishlist negara yg aku nk lawat..
Cabaran Detour diorg sgt seram. Well, maybe utk aku yg gayat ni.
Kena pilih antara Plunge, iaitu buat bungee jump setinggi 134 m (kira² 8.5 saat utk smpai bwh) drp Nevis Highwire Platform.

Plunge
Ataupun Swing, duduk dgn partner dan kena turun satu buaian dgn ketinggian 300 m
Swing
 Sunaina & Dimple dr India merupakan team pertama kena U-Turn dimana diorg kena buat kedua-dua challenge Detour ni.

U-Turn kpd Sunaina & Dimple drp Claire & Michelle
Team Malaysia yg lagi satu, Ivan dan Hilda ada masalah time nk buat bungee jump ni sbb Hilda sgt gayat (klu aku pun sama kot). So, diorg tukar ke cabaran swing. Dan ini akhirnya menyebabkan diorg menjadi peserta ke-4 yg tersingkir.

Hilda & Ivan

Skrg ni, Malaysia punya harapan hanya tinggal pada 1 team je..

Catch-up with The Amazing Race Asia Season 4 every Thursday, 8.05 pm on AXN

Thursday, October 28, 2010

Jom Nihongo Part 3


Owh, tiga entry Nihongo..

For the third part ni kita belajar pasal hari

Isnin
Getsuyobi
Selasa
Kayobi
Rabu
Suiyobi
Khamis
Mokuyobi
Jumaat
Kin'yobi
Sabtu
Doyobi
Ahad
Nichiyobi

Then kita ada:
Hari ini = Kyo
Semalam = Kino
Esok = Ashita
Lusa = Myogonichi

Contoh:
Hari ini hari Isnin = Kyo wa Getsuyobi desu
Semalam hari Ahad = Kino wa Nichiyobi desu
Esok hari Selasa = Ashita wa Kayobi desu
Lusa hari Rabu = Myogonichi wa Suiyobi desu

Ok tu je utk hari ini.. Ganbatte minna-san..

Wednesday, October 27, 2010

Jom Nihongo Part 2


Orait.. Kita sambung lg utk part 2..

Utk part 2 ni kita akan belajar nombor

1
Ichi
2
Ni
3
San
4
Yon
5
Go
6
Roku
7
Shichi/Nana
8
Hachi
9
Kyuu
10
Juu

Note: 7 tu kan ade masa dia akan sebut Shichi ade masa dia sebut Nana

Ok, yg senangnya, klu belas² dia akan sebut Juu(10) pastu nombor..
Contohnya 11 dia akan sebut Juu-ichi = Juu (10) + ichi (1)

Klu 20/30/40/50/60/70/80/90 lak dia akan sebut nombor pastu juu(10)
Contohnya 20 dia akan sebut Ni-ju = Ni (2) + Ju (10)
21 lak dia akan sebut Ni ju ichi = Ni-ju(20) + Ichi (1)
21 - 25 dia akan sebut Ni-ju pastu nombor tp bila 26 - 29 dia terus sebut Ni pastu nombor
27 dia akan sebut Ni nana..

100 = Hyaku, klu 200 = Ni (2) Hyaku
1000 = Sen, klu 2000 = Ni (2) Sen

Ok, sebenarnya part nombor ni aku pun tak berapa pandai sgt.. Contohnya bila masa nk guna nana dgn shichi tu.. Rasanya kena hafal.. Ok tu je utk part 2 ni.. Arigato..

Monday, October 25, 2010

Jom Nihongo Part 1


Nihongo? Ape tu Nihongo? Ok, Nihon-go ni maksudnya Bahasa Jepun.. Nihon = Jepun, go = bahasa.. So, klu "Bahasa Melayu" diorg ckp Marei-go..

Aku ni tak de la pandai sgt pun Nihongo ni... basic2 je... Ingat nak share la ape yg aku tau..

Part 1 ni kita belajar ayat-ayat cinta yg common..

Memula ucapan..

Selamat Pagi = Ohaiyou Gozaimasu
Note 1: Klu dgn kwn² cukup takat ohaiyou je.. tp klu dgn org tua/boss ke kena letak gozaimasu tu tanda hormat..
Note 2: Gozaimasu tu disebut Go-zai-mas saje.. u tu tak bunyik

Selamat Tengahari = Konnichiwa
Note: Hello jugak kita sebut Konnichiwa

Selamat Petang = Kombanwa
Note: Klu mlm pun sebut Kombanwa gak

Selamat Malam (utk nak tidur saje) = Oyasumi

Ok ucapan lain

Awak ape khabar? = Genki desu-ka
Note: desu-ka disebut deska, Ayat yg ade "ka" maksudnya ayat tu pertanyaan.. dorg tak letak "?" dlm ayat dorg

Terima kasih = Arigato Gozaimasu (Domou arigato klu time kasih bnyk²)
Note: Klu dgn kwn² cukup takat arigato je.. tp klu dgn org tua/boss ke kena letak gozaimasu tu tanda hormat..

Saya, Cazari = Watashi wa Cazari desu
Note 1 : "Watashi" = saya, "wa" tu mcm penghubung, "desu" (sebut des) tu mesti ade mcm penyedap ayat
Note 2 : Dlm Nihongo, L disebut R.. So klu "Saya, Lala" akan disebut Watashi wa Rara desu

Nama saya Cazari = Watashi no namae wa Cazari desu
Note: "no" = punya/maksud utk pemilikan, "namae" = nama

Nama awk ape? = Anata no namae wa nan desuka
Note: "Anata" = awk, "nan" tu kena tambah sbg tambahan bila bertanya (part ni kdg2 aku pun lupe)

Saya org Malaysia = Watashi wa Mareshia-jin desu
Note: "Mareshia-jin" = org Malaysia.. "-jin" merujuk sbg org... cth Nippon-jin/Nihon-jin = org Jepun

Saya mintak maaf = Sumimasen / Gomenasai (blh gak sebut Gomen je)

Bila perkenalkan diri utk kali pertama:

Watashi wa Cazari desu. Hajimemashite
Hajimemashite tu mcm nice to meet u.. tapi klu kali kedua kita ckp Yoroshiku

Ok, tu je kot.. nnt kita sambung kat Part 2..

Friday, October 22, 2010

TV Show: The Amazing Race Asia 4 Episode 5


Sepupu, Sahil & Manas drp India menjadi team ketiga yang terkeluar smlm. Maybe sebab diorg last minute tukar Detour Challenge drp Pig kpd Jig.. Boleh lak diorg memula nk amik challenge tangkap babi.. sbb yg sorg ni kata dia teringin sgt nak pgg babi.. eee.. 
Sahil & Manas
Btw, both of the Malaysian teams masih lg di dlm race, dgn Ethan & Khairie sampai di tempat pertama... Go go Malaysia.. Pada yg terlepas, The Amazing Race Asia ke udara jam 9.00 mlm setiap ari Khamis di AXN..

Tuesday, October 19, 2010

Dia.. Kamen Rider Kiva

Kamen Rider Kiva ni adalah hero dlm siri Kamen Rider Kiva. Kiva ni dtg drp perkataan King of Vampire & drp perkataan Jepun utk taring iaitu Kiba. Ciri-ciri Kiva ni adalah seperti vampire dan visor topeng Kiva ni diambik sempena Jack o' lantern, labu yg diukir bentuk cam muka org ketika Halloween. Kat dunia Kiva ni, bnyk la raksasa yg bunuh org dikenali sbg Fangire. So, fungsi Kiva ni adalah sbg pelindung keamanan manusia drp Fangire, walaupun akhirnya nnt kita tau yg Kiva ni sebenarnya adalah anak kepada Fangire King

Wataru Kurenai
Manusia yg berselindung di sebalik topeng Kiva ini ialah Wataru Kurenai. Dia ni dr kecik mmg tak campur org + dunia luar, so dlm citer ni nampak la watak dia yg sgt naif, serba-serbi tak tau, cepat risau, kelam-kabut dan sgt takut dgn org. Dlm citer ni, Wataru ni kerja dia sbg tukang buat biola.

Watak Wataru dilakonkan oleh Koji Seto (瀬戸 康史 Seto Kōji) yg bagi aku mcm sgt jambu utk jadik superhero.






Wataru menggunakan Kivat (Bat Kivat the 3rd), sekor kelawar robot untuk henshin (transform) kepada Kiva.
Kivat (depan sekali) selepas menggigit tgn Wataru dan membolehkan
dia menjadi KR Kiva

Kiva ni blh jadik beberapa mod/form, iaitu:

1. Kiva Form , selepas digigit oleh Kivat
 2. Garulu Form
3. Bashaa Form
3. Dogga Form
4. Emperor Form

Monday, October 18, 2010

A note for a brother

Rasanya dr kitorg kecik pun, tak pernah camni
















ataupun camni

















sbb aku dgn dia beza umur jauh gak.. 7 tahun..
dan dia pun sbb dah lama jadik anak bongsu, dia suka la buli aku dan tunjuk who's the boss..


dan aku pernah la conteng gambar kesayangan dia


















end up aku kena belasah teruk.. :(

takde rasanya memory yg manis pun antara aku dgn dia masa kecik-kecik dulu.. well, aku lg kecik sbb dia tua 7 tahun..

tapi, semua tu aku tak kisah.. sbb walau camne pun dia tetap abg aku.. dan aku ttp syg dia..

Selepas 15 tahun kami jadik anjing & kucing (aku kucing la, gile pe nk pilih anjing) akhirnya bile aku dah keje ni kami jadik rapat..

err.. tp bukan camni la.. aku masih siuman..


















Cuma baru² ni, we had a fight.. not a real fight, takde bertengkar pun.. cuma sikit misunderstanding..
and end-up dia ignore aku until this moment.. so tiba² skrg aku blh teringat blk camne kami masa kecik dulu..
benda yg dh beberapa tahun aku tak ingat.. aku mcm baru kena wake-up slap yg mengingatkan aku yg kami masa kecik tak ngam langsung..

Btw, if u r reading dis, mister.. Just want to remind u that kita amik masa 15 tahun utk jadik rapat.. tp for some reason, ko mcm nak buang aku terus kan? Takpelah.. sbg seorg adik, aku cuma blh terus berharap supaya one day hati ko terbukak blk.. tu je..

Saturday, October 16, 2010

Jemputan ke Majlis Pengisytiharan Melaka Maju 2010

Aku dpt kad jemputan ni..


Hadiah cabutan bertuah dia tak tahan tu..
- Sebuah rumah bernilai RM 100,000.00
- Sebuah kereta
- 3 buah motosikal
- 5000 brg elektrik

Aku dpt rumah tu jadik ar.. lain aku tak nak :P

Friday, October 15, 2010

TV Show: The Amazing Race Asia 4 Episode 4


Allan & Wendy
The Amazing Race Asia episod ke 4 smlm menyaksikan penyingkiran pasangan daripada Hong Kong iaitu Allan & Wendy. Diorg yg mendapat tempat terakhir tidak disingkirkan pada leg sebelum ini. Namun begitu diberikan syarat sekiranya diorg tak dpt tmpt pertama utk leg seterusnya, diorg akan dikenakan penalty 30 minit. Allan & Wendy merupakan team kedua yg tersingkir selepas Nadine & Yanie

Nadine & Yani
Bagi mereka yg terlepas mengikuti siri ini, jgn risau. Siri ni baru je start. Setiap Khamis, jam 9.00 malam di AXN. Dan penyokong2 Malaysia, jgn risau gak, sbb kedua-dua2 team Malaysia masih lg di dalam race ini. Mereka ialah

Ethan & Khairie
Hilda & Ivan

TV Show Review: Mari Menari



Dulu, Sehati Berdansa. Sekarang Mari Menari. Sehati Berdansa, selebriti sahaja. Mari Menari, org biasa. Sehati Berdansa, ada curse.. bahye woo.. Mari Menari, belum tau..
Pengacara:             

Lisa Surihani
Awal Asha'ari




Penasihat:
Erra Fazira
Zul Huzaimy
Lisdawaty
Ferhad





















LANGKAH MARI MENARI

Memaparkan aksi-aksi di sebalik takbir sesi latihan para peserta Mari Menari selain memaparkan perkara-perkara yang berlaku pada malam pertandingan berlangsung. Bermula 22 Oktober 2010 setiap Jumaat jam 9.00 malam.


MARI MENARI

Memaparkan aksi-aksi para peserta bersaing di lantai tari Mari Menari dan mendapatkan markah dan kritikan daripada para juri. Bermula 23 Oktober 2010 setiap Sabtu jam 9.00 malam.


PENENTUAN MARI MENARI

Merupakan malam penentuan dan penyingkiran bagi peserta yang memperoleh markah dan undian terendah. Bermula 24 Oktober 2010 setiap Ahad jam 9.00 malam.


Maklumat lanjut:  Masuk sini

Wednesday, October 13, 2010

Ada Kelibat Wanita Kendong Anak Di Tempat Kemalangan

PEMANDU bas mendakwa pernah ternampak kelibat wanita mengendong anak dekat plaza tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.


KUALA LUMPUR - Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.

Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.

Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.

Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.

"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas.
"Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sumber: Kosmo! Online

Cazari:  Pehh.. seram seh..Aku selalu je lalu kawasan ni memalam..

Tuesday, October 12, 2010

Takoyaki Takoyaki Takoyaki

Ok, dr td aku asyik tgk gambar Takoyaki je. Lama dah tak mkn. Aku nk gi beli ah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...