Peh lama gile aku tak update blog aku nih.. Bnyk gile sawang..
Tinggal lg 8 hari aku nak melawat negara kangaroo, so aku decide nk citer pasal kangaroo.
Kangaroo adalah mamalia jenis marsupial. Marsupial ni mamalia yg lahirkan anak pramatang (bunting selama 31-35 hari) dan anak diorg yg biasanya lahir sangat kecik, takde bulu dan buta akan duduk dlm kantung kat perut mak dia sampai la diorg besar dan blh hidup sendiri. Dlm kantung tu ada puting yg membolehkan diorg menyusu. Anak kangaroo stay dlm kantung selama 9 bulan tapi diorg akan keep on menyusu smp 18 bulan ataupun smp lahir anak yg lain.
Cuba tgk kat sebelah ni. Ni la rupa anak kangaroo (dipanggil joey) yg br lahir, duk dlm kantung mak dia dan tgh menyusu. Ngeri kan tgk diorg masa ni. Joey ni masa lahir kaki dpn dia je yg dh develop sepenuhnya, supaya dia dpt merangkak masuk dlm kantung tu lps dilahirkan.
Mak kangaroo ni ade kelebihan yg pelik iaitu klu dlm kantung dia ade joey yg masih kecik, dan klu katakan time tu dia bunting lg, dia blh lambatkan/freeze kandungan dia. Dan klu masa tu musim panas dan tak cukup makanan, dia buat gak proses melambatkan ni.
Satu lg, mak kangaroo ni boleh setkan nk kuar susu bnyk mana dan klu katakan dia dpt 2 joey, satu besar, satu kecik, dia blh kuarkan 2 jenis susu yg berbeza utk 2 peringkat umur anak dia.
Kangaroo ada sepasang kaki yg besar dan kuat untuk melompat serta ekor yg panjang utk balancing. Ada org kata klu ekor kangaroo ni kena potong dia tak blh melompat lg.Wallahu a'lam, nnt klu aku ade bela kangaroo aku konfemkan benda ni. Kangaroo ni bergerak secara melompat dan gerakan melompat dia tu berkait dgn pernafasan dia gak. Lompat - lepas nafas, jatuh semula ke tanah - tarik nafas.
Kangaroo blh hidup selama 6 tahun secara liar dan 20 tahun klu dlm zoo.
Jom usha pic2 kangaroo
|
Kasik mkn kangaroo. Aku nk wat ni nnt |
|
Joey dlm kantung mak dia |