Akhirnya.. siri yg aku dh tunggu drp bulan Ogos aritu tiba jugak.. MasterChef Malaysia akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu hingga Rabu pukul 9.00 mlm kat Astro Ria dan hari Khamis kul 8.55 mlm kat StarWorld.
Since aku dh tgk drp Junior MasterChef Australia, MasterChef Australia dgn MasterChef USA, aku teruja x 100 nk tgk cane la rancangan ni versi Malaysia lak.
MasterChef Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod. Format episod tipikal adalah seperti berikut:
- Hari Sabtu adalah cabaran Peti Saji Misteri. Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja. Hidangan ini akan dirasakan oleh Chef MCM, dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi peluang untuk memilih sajian utama untuk cabaran Ujian Cipta Rasa. Peserta-peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih itu.
- Hari Ahad membawakan Ujian Sajian Pantas ataupun Penyingkiran Uji Rasa. Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef MCM dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu. Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.
- Hari Isnin - Cabaran Chef Selebriti, di mana pemenang cabaran hari Sabtu akan bersaing dengan seorang chef tetamu. Pemenang cabaran ini akan dianugerahkan satu pin imuniti yang membenarkan peserta ini mengelakkan satu penyingkiran.
- Hari Selasa membawakan Cabaran Sajian Luar. Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini. Tugas adalah seperti memasak untuk fungsi tali leher hitam atau kem tentera. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.
- Hari Rabu merupakan satu lagi pusingan penyingkiran. Peserta dalam pasukan kalah bersaing antara satu sama lain untuk menyingkirkan seorang lagi perserta dari pertandingan ini.
- Hari Sabtu juga adalah Kuliah Master. Di sini, para hakim menjalankan satu kuliah untuk peserta yang masih tinggal dalam pertandingan ini. Biasanya, para hakim meninjau kembali cabaran yang telah diadakan dalam minggu yang lalu.
Ni lak juri-juri utk rancangan ni:
Chef Johari (55) yg grad since 1975 dlm bidang masakan. Bygkan berapa thn nye experience tu |
Chey Yahaya (49). Pengalaman memasak since 1982. Terer bab pastri |
Chef Priya, lulusan bidang law, tp x halang dia menjadik chef terkenal |
Ni lak calon-calon MasterChef, belum finalize lg sape yg dpt masuk
8 comments:
ramai jugak peserta dia eh. mesti best cite nie. hehe..
dia memula je ramai.. nnt dia akan saring2 smp tinggal belas2 je rasanya
wah...sdeh ar tak dapat tgk versi malaysia. mana de tv kat kolej.
aku smpai nangis2 terharu tgk last epidode junior masterchef australi hari tu.hahahaha
sama la.. Masterchef au dgn usa pun sedih
aku tak pandai memasak, klu pndai aku dah join bnda ni.. huhu
alamak, chef dia x kenal pun? skg tgk giler tgk top cheff la.... master chef malaysia, kurang teruna nak tgk....
saiazuan.. aku nk join tp aku x reti msk mly food sgt huhu
hyz.. top chef tu oversea nye mmg la x leh compare dgn MCM.. tp klu ko tgk yg junior mc australia, mc australia dgn mc usa mesti ko nk tgk nye yg ni
kitorg pkl 9 dah get ready dpn tv. teruja tgk dorg memsk. hehe..
Post a Comment