Friday, October 21, 2011

MasterChef Malaysia



Akhirnya.. siri yg aku dh tunggu drp bulan Ogos aritu tiba jugak.. MasterChef Malaysia akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu hingga Rabu pukul 9.00 mlm kat Astro Ria dan hari Khamis kul 8.55 mlm kat StarWorld.

Since aku dh tgk drp Junior MasterChef Australia, MasterChef Australia dgn MasterChef USA, aku teruja x 100 nk tgk cane la rancangan ni versi Malaysia lak.

MasterChef Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod. Format episod tipikal adalah seperti berikut:
  • Hari Sabtu adalah cabaran Peti Saji Misteri. Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja. Hidangan ini akan dirasakan oleh Chef MCM, dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi peluang untuk memilih sajian utama untuk cabaran Ujian Cipta Rasa. Peserta-peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih itu.
  • Hari Ahad membawakan Ujian Sajian Pantas ataupun Penyingkiran Uji Rasa. Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef MCM dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu. Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.
  • Hari Isnin - Cabaran Chef Selebriti, di mana pemenang cabaran hari Sabtu akan bersaing dengan seorang chef tetamu. Pemenang cabaran ini akan dianugerahkan satu pin imuniti yang membenarkan peserta ini mengelakkan satu penyingkiran.
  • Hari Selasa membawakan Cabaran Sajian Luar. Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini. Tugas adalah seperti memasak untuk fungsi tali leher hitam atau kem tentera. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.
  • Hari Rabu merupakan satu lagi pusingan penyingkiran. Peserta dalam pasukan kalah bersaing antara satu sama lain untuk menyingkirkan seorang lagi perserta dari pertandingan ini.
  • Hari Sabtu juga adalah Kuliah Master. Di sini, para hakim menjalankan satu kuliah untuk peserta yang masih tinggal dalam pertandingan ini. Biasanya, para hakim meninjau kembali cabaran yang telah diadakan dalam minggu yang lalu.

Ni lak juri-juri utk rancangan ni:

Chef Johari (55) yg grad since 1975 dlm bidang masakan. Bygkan berapa thn nye experience tu

Chey Yahaya (49). Pengalaman memasak since 1982. Terer bab pastri
Chef Priya, lulusan bidang law, tp x halang dia menjadik chef terkenal

Ni lak calon-calon MasterChef, belum finalize lg sape yg dpt masuk



Wednesday, October 19, 2011

Robot Pembantu.. iRobot

Pernah tak klu tgk umah sepah² then rasa mcm bestnya klu ada robot tolong bersihkan.. dulu rasa cam mustahil je benda ni. Skrg mmg dh jadik kenyataan. Sebuah kompeni nama iRobot telah pun mencipta beberapa model robot utk tujuan memvakum rumah, mencuci lantai dan membersihkan kolam renang.

So ni aku nk tunjukkan iRobot Roomba yg bkn setakat blh vakum rumah kita, malahan comel utk dimiliki sebagai koleksi. Dia ni blh diprogramkan untuk on selama br lama kita nak. So klu blk kampung 2 ari ke dia still blh buat keje sendiri.

Pandangan dr atas

Sedang membersihkan habuk dan kotoran

Pandai tukar drp mode bersihkan karpet kpd lantai

Blh masuk ruang yg tak blh dicapai oleh vakum biasa

Automatik dtg kat charger dan cas sendiri.. kewll

Blh buat virtual wall.. so dia takkan pegi kat ruang yg lain

Jom tgk video dia sedang beraksi

Friday, October 14, 2011

Toy Review: Thundercats Classic Lion-O & Tygra


Korang pernah tgk citer ni tak masa kecik² dulu? Ha ni la citer fevret aku dr dulu. So, ni aku nk tunjuk 2 figure yg aku baru dpt iaitu Lion-O dgn Tygra. Ni rupa dorg masa dlm citer kartun dulu:

Lion-O

Tygra

Figure yg aku br beli ni dikuarkan oleh Bandai US. Aku bkn la bias sgt pd Bandai Jepun/HK tp toys drp Bandai US ni aku tgk bab kekemasan dia tu mcm tak perfect la. Sendi-sendi pun tak sebanyak figure yg aku beli sblm nih. Tapi dedua ni still superb. Saiz yg sgt besar lak tu, 8"


Yg first ni Lion-O..


Aku sker sgt. Muka real, bdn nampak gagah. Tp ade slack la cam sendi antara lengan dgn tgn tu nampak tak diorg tak kalerkan? So tetiba coklat pekat kat situ. Then pedang dia lak diorg letak camne tah dlm kotak tu, bengkok je.. Dh la guna getah yg lembik. Then ada part kat kaki tu mcm terkopek sket. Aksesori dia ada 2 pedang, satu lg pendek, ada xtra tgn dgn sarung tgn tu.

Yg second ni, Tygra


Mata dia nmpk kecik sket then bdn dia agak bulky. Tygra bdn dia bg aku mcm slim2 sket.. Panthro yg bulky. Dia ni dtg dgn tali melibas tu satu pendek satu panjang then ada xtra tgn.

Apart from bnyk kekurangan tu, aku still rasa diorg ni a-must-have utk peminat2 Thundercats. Klu diorg kuarkan lg utk semua character konfem aku beli satu set. Aku bg dorg 3/5


Wednesday, October 12, 2011

TBWA \ Chiat \ Day Office, Los Angeles

Pernah dgr nama company ni tak? Aku pun first time dgr (or maybe pernah ternampak tapi x perasan). TBWA ni merupakan agensi advertising yang beroperasi secara worldwide. Tapi TBWA\Chiat\Day ni lak merupakan division TBWA yg beroperasi kat US. So, segmen mengusha opis2 cun kita kali ni membawak kita ke opis TBWA\Chiat\Day LA yg sgt menggiurkan mengagumkan. This is what we call an advertising office

Tgk la pas masuk dia yg sgt kewl..

Cer baca apa dia tulis tu pasal staf2 kat dlm ni



Surfboard pun ada huhu




Ok siap ada court basketball

Ada logo besar kat lantai



Department Interactive

Kat umah sgt ade couch gini



Nak guna phone? Silakan
Tribute to notcot for these cool pic

Tuesday, October 11, 2011

Mereka.. Uva & Kazari..

Selama ni, org selalu tny aku apsal nama blog aku pelik.. Apa maksud dia? So kat sini aku nk citer siapa tu Uva dan siapa tu Kazari..

Diorg ni adalah geng jahat yg dipanggil Greeed dlm citer Kamen Rider OOO..

Uva ni dia pegang medal dan monster drp jenis serangga while Kazari lak drp jenis family kucing (singa, harimau..etc).. Aku sker dedua watak ni sbb watak Uva yg mcm bagus tp penakut sket dan Kazari yg mcm laid back..

Uva
Kazari
Bentuk manusia diorg
 Ni la figure diorg yg aku nk beli tp sgt mahal :nanges:





Monday, October 10, 2011

Entah.. Terima kasih kot

Arini aku takde mood. Serius. Almost mcm anak gadis yg PMS dan noticed yg dlm handbag tak bwk tuala wani... //Pls Kak Dibah, jgn muncul dlm imaginasi aku..

Tapi tadi aku ada sgt bnyk mood la time mkn. Gile sedap ayam mcd tu. Mkn dah mcm beruang org kebulur. Pg tadi ada ego sket la tak nak gi mkn. Dah nama laki, kena la ego sket. //Damn, aku terbyg lagu Alif Satar yg laki duk perasan hebat tu.. Dh tengahari amik ko menggigil cam parkinson sbb lapo..

Serius ar, bila aku wat sesuatu cam nak mati tapi org tak hargai ni aku down siut. Bkn aku nk suruh dtg kat aku cium pipi aku ckp aku bagus sejam sekali. Nak belanja pun tak payah. Tapi klu nak belanja, aku nak ayam cam td tu.. Leh aku memberuangbelasah kaw-kaw. Cukup la sebut je nama aku dlm list org yg nak dihighlight. Seminggu aku senyum tanpa henti walaupun time tu aku tgh berak. Biar krem rahang pipi aku ni..

Aku bknnya noreh getah ke menyawit ke. Pokok getah tak reti bercakap dgn org. Ni aku keje dgn org. So susah ke org nk tunjuk apresiasi dia pada apa yg aku dh buat. Nanti ada la ckp "Dia tau la ko buat, tp dia tak pandai nk ckp tima kasih, tu je". Hehe ade ek alasan gitu. Rasa aku dr kecik mak pak kita ajar kot klu pas org tolong, kita ckp time kasih. Bila dh besar tak reti nk ckp lak kan..

So arini aku berperangai like a d*** dan anti-sosial. Aku cuma layan laman sosial je. Sbb aku tak rasa nk berckp dgn org guna mulut arini. Sori la jari arini korg kena keje lebih sket.

Then tadi ade lak sorg minah ni mcm agak soSIAL menelepon aku. Promote kad ape tah. Pastu br aku tau yg dia dpt detail aku drp bank yg aku reg kad kedit aku. Sementara dia ckp "ha encik blh dpt diskaun ni" dan ckp "bkn encik je blh pakai, family pun blh" serta bercakap "untuk tahun pertama ni tak perlu byr apa2" aku terus potong dia nye citer pepanjang tu then aku ckp "Ni kad ni sy wajib amik ke tak?" Dia kata tak, tp nama aku dh diregister la utk kad ni. So aku jwb "Terima kasih sbb tak tny time ni sy tgh sibuk bekerja ke tak ataupun sy ada masa nk layan awk ke tak, tapi sy nk ckp sy tak berminat. Terima kasih". Gila sopan aku, dgn org cmtu pun aku ckp time kasih gak. Maybe sbb aku ni jenis pandai ckp time kasih kat org kot.

Friday, October 7, 2011

Mari Melawat Red Bull HQ, London

Penat? Takde tenaga? Apa lagi, minum la Red Bull.. Ok, hari ni aku tak nak citer pasal minum Red Bull.. Tapi aku nk tunjuk opis/headquarter Red Bull kat London.. gile best.. Dh la dpt minum Red Bull bnyk2, nk gi opis pun seronok je


Nak turun bawah tak payah guna tangga.. guna je gelongsor ni..
Bebaik, klu nk turun ni jgn pakai skirt.. Krg org ready camera je kt bwh
Tangga ala-ala floating kat sebelah gelongsor
Ni meja receptionist.. haha
Pandangan atas tangga dan gelongsor

Lounge area..


Pandangan drp tingkat atas sekali



Bilik Meeting

Rooftop pun cun


Bestnye opis dia.. Klu la opis aku camni, pg2 aku dgn begitu bersemangat nk gi keje.. smp opis main gelongsor 2-3 round dulu hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...