Thursday, December 30, 2010

Toy Review: Dragonball Z Android #16, #17, #18, #19 & #20

Dragonball antara manga + anime yg mmg aku nye feveret. Sanggup save duit makan time skola dulu semata-mata nk beli komik Dragonball. Dan antara semua watak dlm Dragonball, Android² a.k.a Cyborg² yg muncul dlm Dragonball Z adalah antara watak² yg aku sker.. Ok preview sket pasal Android² nih:

Android #16
Android #17 & #18 ). Diorg ni twins
Android #19 & #20
Actually ade lg #13, #14 & #15. Aku sker gak tp takde la diorg tu.

Ok ni la aku nye koleksi Android dr #16 - #20. Diorg ni gashapon (main tikam² yg kuar cam kapsul tu) tp aku tak tikam la utk dpt complete set. Kat ebay ade jual satu set.

Tahniah! Malaysia Juara AFF Suzuki Cup 2010


Tahniah kpd team Malaysia kerana telah menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 dgn aggregat 4-2 smlm.. Dan selamat bercuti kpd semua esok..

Tuesday, December 28, 2010

Toy Review: Digimon Reboot Omegamon

Omegamon mmg antara aku punya all-time favourite digimon. Dia ni adalah combination antara WarGreymon dan MetalGarurumon.
Omegamon
Arini aku nak share Omegamon daripada toyline Digimon Reboot yg dgn gigihnya aku menyiapkan beliau sehingga kul 3 pagi. Aku sebenarnya tak suka sgt wat plamo (PLAstic MOdel) ni. Nak kena ada cutter, kertas pasir, undercoat, cat, line marker bagai. So yg aku akan tunjukkan ni ialah model yg dibuat oleh org pemalas.. Tanpa gosok dgn kertas pasir, tanpa cat. Cuma tampal sticker + wat line. Nanti kemudian klu rajin br aku cat.

Kotak yg sgt chantek

Buku instruction

Omegamon yg hengsem tgh duk sblh blog UvaCazari
Arini aku sgt ngantuk dan sgt malas nk pose beliau cechantek + amik pic bebanyak. Omegamon ni bg aku sgt hengsem cuma cam kepala Garuru dan WarGreymon tu agak limited sket pergerakan. Camtu gak bhg kaki. Apart from that, yg lain besh, besh dan besh. Aku bg 4.9 / 5

Monday, December 27, 2010

Now Showing: Gulliver's Travel


Adoiyai.. Skrg aku dh kompius nk tgk citer yg mana nih.. Little Fockers ke citer nih..

Gullivers Travel ni mengisahkan Lemuel Gulliver (Jack Black), sorg penulis yg nak pegi ke Bermuda Triangle tp tersedar yg dia hanyut kat Pulau Liliput, pulau yg maju tp didiami oleh org² kerdil..

Jom usha sket citer nih

Ha serang la klu berani
Alamak betul la kena serang
Nak bwk gi mana lak nih


Ni trailer dia

Thursday, December 23, 2010

Upcoming Movie: Meet The Parents: Little Fockers


Korg pernah layan tak citer Meet The Parents dgn Meet The Fockers? Dua movie ni mmg la aku nye fevret movie. Berkali-kali kot aku layan. So skrg ni tgh tayangkan sequelnya, Little Fockers.

Little Fockers ni mengisahkan yg Gaylord "Greg" Focker dan isteri dia, Pam yg skrg dh ade anak kembar, Henry & Samantha. Bapak si Pam ni sakit jantung, so skrg ni dia nak serahkan tugas ketua keluarga kpd Greg. Tp lama² dia syak yg Greg ni ade skandal dgn sorg pompuan ni. Padahal takde pun. Dan bapak dia paksa si Pam ni bercerai dan kawin dgn bekas tunang dia dulu.

Dr 2 movie dulu mmg aku bengkek je tgk Robert De Niro ni nye watak. So yg br ni pun mcm lebih kurang je. Tp sbg Fockers die-hard-fan aku akan tetap layan citer ni..

Wednesday, December 22, 2010

Jam Unik dan Mewah Richard Mille

Aku nk letak pic jam² mewah dan unik drp Richard Mille ni.. Rege tiap² satu ni murah je.. around USD $149,995.00 je.. So lebih kurang RM 476, 984.00.. Berpatutan kan rege dia.. wakakaka...

RM003-v2 Pandangan depan
RM003-v2 Pandangan belakang
RM012 Pandangan depan
RM012 Pandangan Belakang
RM014-1 Pandangan depan
RM014-1 Pandangan belakang

Tuesday, December 21, 2010

Sheimi In Memory

Korang pernah dgr / tgk / tau tak ape tu hedgehog? Pernah tak tgk kartun ni?

Yg ni Sonic the Hedgehog. Dia ni based drp hedgehog. Hedgehog ni mcm landak la cuma dia ni kecik sket, lg cumel dan blh bergulung jadik bola duri. Dulu², aku ade bela sekor hedgehog ni. Nama dia Sheimi, bulu dia kaler salt & pepper dan sgt eksen dgn aku. Klu tgk dia tajam2 mesti takut nk pegang, sebenarnya bulu bawah perut dia lembut.. so cara nk pegang dia, kaut dia drp bhg perut.

Tadi, aku ade korek2 gambar lama aku. Nak share pic si Sheimi ni yg sekarang tgk duk main2 atas pelangi sana.. Huhu.. rindu sgt kat dia... Sheimi ni panjat kuar drp bekas dia, tp dia tergulung dlm kain buruk.. Tak leh lepas berhari² so pastu mati.. Sedih..

Tgh bergulung.. Defensive mode
Posing kat camera

Moon Walk
The good news is maybe tak lama lg aku akan dpt pengganti Sheimi ni. Kwn aku ade anak hedgehog yg br lahir and dia nak jual murah2 je kat aku. Klu dh amik nnt aku post kt sini..

AutoPing Entri di BlogLarian FB

Ok, mcm org lain. Aku pun nak wat benda ni


  1. Pastikan blog anda sudah tersenarai di BlogLarian -DONE-
  2. 'Like' BlogLarian FB -DONE-
  3. Buat satu en3 bertajuk ' AutoPing Entri di BlogLarian FB' dan letakkan banner di atas dalam en3 anda -DONE-
  4. Letak no rumah anda dalam BlogLarian -DONE-
    "No rumah saya ialah 94"
  5. Kongsikan keburukan atau kebaikan BlogLarian yang telah anda rasai (Ringkas je sbg feedback untuk admin) -DONE-
    "Keburukan emm tahla.. ok je setakat ini..
    Kebaikan.. Pengunjung yg ramai dan menambah lebih ramai kwn2 blogger
    "
  6. Komen di en3 ini berdasarkan format berikut. -DONE-
    1. no. rumah
    2. nama Blog 
    3. link en3 anda
Itu je kot.. Diharap pihak tuan dptlah memasukkan blog tak hengsem sy ni dlm list AutoPing.. Arigato

Monday, December 20, 2010

Melaka Wonderland

Ok, aritu aku duk kutuk2 gak tempat ni.. Dan sgt tak sangka aku gi gak smlm. Ni sume sbb anak2 buah aku la yg beria sgt nk gi. Dah la cuti skolah.. Sakit gak la mata aku duk tgk laki2 yg lalu-lalang dpn aku sambil pakai suar tight..

Tiket masuk agak mahal RM 30 dewasa utk weekend dan RM 25 utk kanak².. Hari keje tolak RM 5 la (sila kira). Kat dlm dia ade bnyk gak la benda yg blh naik. Tapi kebanyakannya nak kena guna tube at least yg 2 lubang (bentuk cam no 8 tu). Tube ni sewa dia RM 20 tp klu kita pulang nnt dia refund RM 10 (cett smp RM 10 ko cekik).

Antara benda yg best

Ni dipanggil Tornado Chaser. Kita cam masuk dlm satu mangkuk besar then kuar drp terowong. Pekerja situ cakap yg ni org bdn besar/overweight takleh main for unknown reason

Kamikaze Racer ni lak kita meniarap atas satu mat getah tu dan meluncur

Ni besh gak.. Main wave.. Layan smp hitam

Ada gak la 2-3 lg yg besh.. Cuma aku still rasa benda dlm ni serba-serbi mahal. Nasik ayam pun RM 10 sepinggan. Nak masuk langsung takleh bwk makanan/minuman. Pelampung kecik jual smp RM 20.

Lg satu, parking sgt la terhad. So blh tgk la org parking smp Taman Botanikal sana.

Klu tny aku best ke tak? Aku jwb so-so je la. Nothing to shout about. At least sok org tny aku leh la jwb "Ooo.. dah penah pegi dah"

Friday, December 17, 2010

Ultra Act Ultraman Belial

Aku tak pernah terfikir pun utk beli siri Ultra Act ni sbb sblm ni aku baca review, ramai tak puas hati dgn kualiti dia. Sampai la satu ketika, aku tertengok pic si Ultraman Belial ni. Mcm sgt suka. Pastu rupa dia mmg jahat abes. Belial ni watak antagonis dlm movie Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legend The Movie. So, ni la dia Ultraman Belial.

Dlm kotak yg sgt chantek
Ada extra pair of hand, dan a few weapons

Dh kuar mengganas drp kotak

Pose eksen
So, seperti yg org lain komen, Ultra Act nye toyline ni mmg kureng sket. Dgn bnyk parts yg aku rasa agak plastik, dan ada part yg senang tertanggal, bg aku Ultraman Belial ni cuma patut dpt 3.5 / 5 bintang je.

Thursday, December 16, 2010

Shelly & Raito

Asyik citer psl toys je.. Arini aku nk share pasal pets aku lak.. Ni dua ekor tikus belanda a.k.a guinea pig yg aku bela.. Aku tak suka guna guinea pig tu, biasa aku sebut tikus belanda atau cavy.. Tah cane la omputih dulu terpikir nak panggil gitu...

Yg first ni nama dia Shelly.. Dia ni dr breed Silkie @ Sheltie.. Jenis bulu lurus yg panjang..


Klu pandai jaga dan groom dia, bulu dia blh panjang cam ni.. Tp yg ni yg utk contest la..


Yg second ni nama dia Raito.. Dia ni lak drp breed Peruvian, bulu panjang tapi tak tersusun.. Dia ni jantan.. Aku adopt drp org.. Dh siap neutered so tak blh membiak..


Dedua ni ade kt umah parents aku.. Dulu aku bela tp sbb jrg ade kat umah so aku tinggalkan la dorg bwh jagaan ayah aku.. Aritu Shelly br dpt anak, 2 ekor.. Tp sbb ayah dia bulu pendek, aku dpt sekor je yg jenis Sheltie..

Tuesday, December 14, 2010

Domo-kun


Aku rasa ramai yg tau pasal Domo-kun ni. So bg yg tak tau, Domo-kun ni adalah maskot stesen tv NHK kat Jepun. Memula dia ni juz muncul selama 30 saat bila kita tgk rancangan kat NHK sbg tanda yg kita sedang menonton channel tu. Then dia ada rancangan sendiri pastu. Nama Domo tu dpt masa episod 2 rancangan dia bilamana announcer ckp, "dōmo, konnichiwa" (どうも、こんにちは), yg maksudnya lebih kurang cam "Well, hello there!", tp boleh jugak disebut cam "Hello, Domo!". So start drp tu la dia dpt nama Domo.

Domo-kun ni pencipta dia ckp adalah seekor makhluk pelik yg menetas drp telur, dgn gigi yg tajam dan mulut terbukak luas.

Smlm satu bungkusan smp utk aku. Kat dlm dia ade si Domo-kun ni. Terbang drp US. Aik? Kata Jepun.. Nape dr US.. Sbb ni Domo-kun keluaran drp Domo Nation. So, inilah beliau..

Aku sker sbb yg ni bulu dia fuzzy²

Ada tag Domo

Tag kat bdn dia tulis drp Domo Nation


Domo-kun ni adalah setinggi 16 cm. Aku tak berapa minat kumpul plush toys tp sbb Domo-kun ni ade org bermurah hati nk belikan aku dan sbb dia Domo-kun, of course la aku minat kan. Utk pemarkahan, aku bg 5/5.. haha.. sbb dia sgt hengsem.. bulu dia yg fuzzy² tu suka tul aku..

Monday, December 13, 2010

Toy Review: SHF Kamen Rider Double and Hardboilder

Aritu aku ade review pasal Kamen Rider Double.. So ni aku nk review lak pasal dia nye action figure..

Yg first nye, Kamen Rider Double CycloneJoker

Yg ni adalah dlm lineup S.H. Figuarts, siri action figure drp Bandai yg membolehkan kita melakukan pelbagai aksi dan pergerakan. Utk siri KR Double ni, aku cuma beli ni je sbb yg ni adalah main form dia.. pastu yg lain aku tgk mcm repaint je.. Kira figure yg sama, tukar2 kaler je..

Set dia ni tak bnyk sgt aksesori sbb CycloneJoker ni mmg takde pape senjata. Cuma ada 3 pair tangan utk ditukar.

Yg kedua lak, motor KR Double ni, namanya Hardboilder

Sgt hengsem, siap ade tongkat lagi.. Cuma bg aku, klu part hijau tu dia cat warna hijau metallic lg chantek kot.. dan sebenarnya part yg hijau tu blh dicabut & ditukar dgn 2 jenis part lagi (dijual berasingan.. dan sgt mahal :nanges:)

Memula aku tak minat pun Hardboilder ni, tp nape tah lepas aku tgk siri ni lelama.. jatuh chenta lak dgn ini motor..

Aku sker dgn paint job kedua-duanya.. sgt kemas.. dan plg aku suka betapa detailnya diorg wat figure2 nih.. Utk itu, aku bg 4.8 / 5 utk KR Double CycloneJoker dan 4.3 utk Hardboilder.. Klu Hardboilder tu nye cat metallic konfem aku bg lg tinggi..

Ben 10

Semlm aku sgt free, so aku mengemas la kotak² dlm bilik stor kt umah.. Korek punya korek terjumpa lak koleksi lama aku ni.. Ni masa zaman aku obses dgn Ben 10 dulu (sila kutuk)..

Ni Ben dgn 10 alien asal


Yg ni lak dgn tambahan lg 6

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...